Kertas Kerja Amali Muzik






SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PAY CHEE, 73000 TAMPIN POS, PULAU SEBANG, MELAKA.


KERTAS KERJA
PROGRAM TERAPI MUZIK BAGI MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS



ANJURAN
PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS
SJK(C) PAY CHEE

TARIKH :
15 OKTOBER 2014

TEMPAT :
STUDIO UTC MELAKA









1.0  PENGENALAN

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah insan ciptaan tuhan yang istimewa dan berhak untuk mendapatkan kesejahteraan hidup seperti orang biasa. Golongan ini tidak sepatutnya diabaikan oleh masyarakat dan dianggap sebagai sampah masyarakat. Mereka  juga berkemampuan untuk menjaya dalam kehidupannya serta memberi sumbangan terhadap pembangunan negera sekiranya mendapatkan pendidikan yang sesuai. Bagi menjayakan matlamat ini, aktiviti-aktiviti intervensi perlu dilaksanakan untuk membantu mereka
Terapi dalam Pendidikan Khas adalah salah satu kaedah untuk membantu seseorang murid berkeperluan khas untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Terapi bertujuan untuk mengembangkan murid-murid dari segi kognitif, emosi, sosial, dan psiikomotor.
                        
2.0  TAJUK

Program Terapi Muzik

3.0  DIKELOLAKAN OLEH

Guru Program Integrasi Pendidikan Khas, tahap 1 dan tahap 2, SJKC Pay Chee.

4.0  ASAS PERTIMBANGAN

Program ini bertujuan untuk membantu murid-murid berkeperluan khas meningkatkan nilai-nilai dalam aspek kehidupan dan meneruskan proses perkembangan diri dengan berkesan kea rah kedewasaan yang mantap.


5.0  RASIONAL

                         Terapi muzik ini bertujuan untuk memulih masalah emosi dan pertuturan yang dialami oleh murid-murid berkeperluan khas. Terapi muzik adalah satu latihan rawatan yang digunakan bagi menyembuhkan masalah tekanan mental dan masalah emosi tertentu iaitu melalui bermain muzik. Malah, terapi muzik juga dapat mencegah kemungkinan sesuatu keadaan teruk. Terapi muzik adalah satu aktiviti latihan yang penting kepada murid-murid bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar dengan bermain alat-alat muzik. Selain itu, terapi muzik membantu murid berkeperluan khas melatih daya kreativiti kanak-kanak, menghilangkan rasa marah, yakin dengan diri sendiri untuk mencipta sesuatu ,mencungkil kebolehan dan bakat diri dan mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak.

                         Dari sudut pandangan yang lain, terapi muzik merupakan satu bentuk bengkel yang memberi peluang kepada individu untuk meneroka hal-hal berkaitan dengan perasaan atau emosi secara mendalam. Terapi ini secara tidak langsung member peluang kepada individu untuk member ruang untuk perkembangan bahasa, pertuturan dan komunikasi. Penggunaan terapi muzik ini mampu membuatkan kanak-kanak lebih rileks. Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan alat muzik menyebabkan kanak-kanak lebih focus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketengan dapat dikeluarkan. Pemilihan alat muzik atau lagu untuk dimainkan atau dinyanyikan boleh dijadikan panduan perasaan kanak-kanak berkeperluan khas, sama ada marah,sedih, gembira, benci, kecewa, sayang dan sebagainya.

6.0  MATLAMAT
            6.1)      Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dengan murid-murid.
            6.2)      Memulih kekuatan fizikal murid-murid.
            6.3)      Memberi sokongan emosi kepada murid-murid.
            6.4)      Membantu murid-murid mengeluarkan perasaan dan pemikiran.


7.0 OBJEKTIF
            7.1)     Mengurus tingkah laku murid-murid.
            7.2)      Membentuk nilai-nilai murid.               .
            7.3)      Mengembangkan emosi murid-murid.
         7.4)      Membolehkan murid-murid berkomunikasi secara interpersonal dan intrapersonal.
            7.5)      Melatih pertuturan murid-murid.


8.0  KUMPULAN SASARAN

Bil
Perkara
Jumlah
1.
Murid PIPK tahap 1 dan 2
7 orang
2.
Guru  Pengiring
2 orang
3.
Pembantu
1 orang
Jumlah
10 orang

9.0 TARIKH
Rabu, 15 Oktober 2014

10.0 TEMPAT
Studio UTC Melaka, Bandaraya Melaka.

11.0 PENGANGKUTAN
Murid, guru dan pembantu akan menyewa van kecil sebagai pengangkutan untuk sampai ke Studio UTC Melaka.

12.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung :                               Puan Ng Sook Gun
Guru  Pengiring   :                Cik Seak Yi Chek
                                                Cik Nyam Tze Nann
Pengerusi:                             Cik Nyam Tze Nann
Setiausaha:                           Cik Seak Yi Chek
AJK Perhubungan :             Cik Seak Yi Chek
AJK Pengangkutan:             Cik Nyam Tze Nann
AJK Hadiah  :                        Cik Nyam Tze Nann
AJK Makanan :                      Cik Siti Hajar Binti Yahya
AJK Aktiviti:                         Cik Seak Yi Chek
AJK perubatan:                     Cik Siti Hajar Binti Yahya

13.0 TENTATIF PROGRAM
Masa
Aktiviti
07.30 AM
Berkumpul di pintu besar SJKC Pay Chee.
08.00 AM
Bertolak ke Studio UTC Melaka.
09.00AM-09.30AM
Taklimat pengenalam muzik
09.30AM-10.30AM
Aktiviti memain alat muzik
10.30AM-11.00AM
Persembahan murid-murid
11.00 AM
Minum pagi.
11.30 AM
Majlis penyampaian hadiah.
12.00 PM
Bertolak balik ke SJKC Pay Chee.
13.00 PM
Sampai ke SJKC Pay Chee

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil
Perkara
Kuantiti
Jumlah
1.
Sewa van
1 unit
RM 150
2.
Bayaran studio
10 orang
RM   20
3.
Minum pagi:
Mihun goring + air mineral + buah
10 set
RM   20
4.
Hadiah
 7  unit
RM   14


Jumlah pembelanjaan:
RM  204

15.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat memberikan bantuan kepada murid-murid dalam proses perkembangan kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor. Selain itu, diharapkan murid-murid dapat membina pemikiran yang positif dan motivasi kendiri terhadap kebolehan diri. Semoga segala aktiviti yang telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga program ini juga dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada murid-murid dalam kehidupan mereka.

Disediakan oleh:

…………………………………………
(Cik Seak Yi Chek)
Setiausaha,

Program Integrasi Pendidikan Khas (PIPK),
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Chee,
73000 Tampin Pos,
Pulau Sebang,
Melaka.


Disemak oleh :

…………………………………………
(CIK Nyam Tze Nann)
Guru,
Program Integrasi Pendidikan Khas (PIPK),
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Chee,
73000 Tampin Pos,
Pulau Sebang,
Melaka.






Disokong oleh :                                                                             


………………………………………...

(PN Lily Tan)

Guru Penolong Kanan 1,
Program Integrasi Pendidikan Khas (PIPK),
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Chee,
73000 Tampin Pos,
Pulau Sebang,
Melaka.

Disahkan Oleh :


…………………………………………
 (PN. NG SOOK GUN)
Guru Besar,
Program Integrasi Pendidikan Khas (PIPK),
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Chee,
73000 Tampin Pos,
Pulau Sebang,
Melaka.






Lampiran 1
Senarai Name Murid PIPK
Name
No. Kad Pengenalan
Alamat Rumah
No.Telefon ibu bapa
1.    Boon Yok Ki
081223060084
123, Tmn Bukit Indah, 73000 Tampin, N.S.
019 3844556
2.    Chong Shaw Ling
080213063398
1897, Taman Indah, 73000 Tampin, N.S.
010 2457899
3.    Eric Chong Yong Keat
090909064567
98, Tmn Bukit Indah, 73000 Tampin, N.S.
013 4337067
4.    Lee Sher See
060712063345
733, Taman Clonlee 2, 73000 Tampin, N.S.
014 9874566

5.    Low Yen Huei
070323067798
122, Jalan Besar, 73000 Tampin, Melaka
012 4456733
6.    Ramu A/L Thiladan
050405067783
011, Taman Melewar, 73000 Tampin, Melaka
019 4435664
7.    Wee Qin Kuan
050809061237
233, Taman Indah Baru, 73000 Tampin.N.S.
 06 1233323


No comments:

Post a Comment